Alhamdulillah, projek Qurban dan Aqiqah di India bersama Team i-Qurban (di bawah NGO Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan India) telah berjaya diadakan di Bangalore, India
sempena Aidiladha 2015 yang lepas.
Seramai 11 orang krew I-Qurban
telah terlibat dalam melaksanakan projek yang mulia ini.
Daging-daging qurban dan aqiqah
telah berjaya diagihkan kepada masyarakat Muslim di
sekitar Bangalore India terutama kawasan orang miskin.
Semoga dapat dilaksanakan lagi pada tahun hadapan.