Mengenai Kami

Pada November tahun 2017, sebuah akademi latihan atau "training academy" yang dinamakan AKADEMI WBN telah ditubuhkan.

Akademi WBN sebenarnya adalah sebuah syarikat di mana kepakarannya ialah menyediakan khidmat kursus perundingan dan latihan fokus untuk mendidik, berkongsi ilmu dan kepakaran dalam bidang pendidikan, kewangan, motivasi dan media di mana ia diuruskan sepenuhnya oleh sebuah syarikat berdaftar Worldwide Biz Network (No. Pendaftaran : JM06556427-M) yang telah berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak tahun 2011 lagi. Worldwide Biz Network sebuah syarikat bumiputera yang pada permulaan pertubuhannya hanya fokus kepada satu perniagaan perkhidmatan iaitu Perkhidmatan Agensi Takaful Am terutama Perkhidmatan Takaful dan Cukai Jalan Kenderaan serta urusan JPJ.
Diperbaharui pada 20 Mei 2013 sejak tahun 2011

Pada tahun 2019, Akademi WBN telah diuruskan di bawah nama pengurusan syarikat baharu iaitu WBN Management (No. Pendaftaran SSM : JM0892278-D) yang beroperasi di Senai Johor Bahru. (WBN Management adalah singkatan nama bagi Worldwide Biz Network Management)
Diuruskan oleh pasukan Akademi WBN  termasuk kerjasama beberapa rakan pakar perunding pendidikan, kewangan dan motivasi yang mahu melihat masyarakat Malaysia terutama umat Islam tidak ketinggalan bersaing sihat dalam dunia pendidikan.

Diasaskan oleh Mohd Fauzi Bin Abd Hamid selaku perunding utama dan pengarah urusan syarikat. Beliau mempunyai pengalaman selama 14 tahun dalam bidang pengurusan majlis atau 'event' termasuk semasa berkhidmat sebagai Pengurus Aman Palestin Berhad Cawangan Seluruh Johor (2008 - 2013) dan sejak melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi lagi  . Beliau juga sudah lama berkecimpung dalam Perniagaan Takaful Am.

Pernah menuntut dan telah tamat pengajian dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Minor Pengajian Islam di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia.

 Bersama Pengarah Media Radio IKIM.FM, Dr. Nik Roskiman dan Ustaz Mohd Ali pada tahun 2016 ketika bersiaran di Radio IKIM.FM


Syarikat ini beroperasi di Johor Bahru dan mempunyai rangkaian di Melaka, Malaysia.


Corporate Social Resposibility, (CSR) - Fauzi, Pengarah Urusan
Worldwide Biz Network

 "Live" Ketika Bersama Aman Palestin Malaysia (2007 - 2013) di
Selamat Pagi Malaysia TV1 
dalam isu Palestin dan juga pernah mendapat undangan di Radio IKIM.FM dan Radio RTM Johor.FM




Kenangan Lawatan Kerja ke Projek Qurban dan Aqiqah di Gaza, Palestin 
pada tahun 2012 bersama tetamu YB Dato' Nooh Bin Gadot Penasihat Majlis Agama Islam Johor

Bersama rakan sekerja semasa menghadiri satu persidangan di Doha, Qatar 2009



Fauzi dan rakan sejawat di akhbar Doha, Qatar 2009


Bergambar di Doha, Qatar 2009

Tugas kami adalah memastikan pelanggan-pelanggan kami berpuashati sungguh dengan perkhidmatan yang telah kami tawarkan. 

ALAMAT PERNIAGAAN KAMI :

Akademi WBN
 (WBN MANAGEMENT)
No. 204, Jalan Senang 2
Taman Bukit Senang
81400 Senai, Johor Bahru, Johor
Johor Darul Ta'zim, Malaysia

Sebagai sebuah syarikat  Bumiputera Muslim yang menumpukan latihan dan perundingan, KEJUJURAN, AMANAH dan EFISIEN menjadi pegangan kami dalam usaha meyakinkan para pelanggan untuk berurusan degan kami. Apatah lagi perniagaan yang tulus dan ikhlas merupakan ibadah bagi setiap muslim.


Salam Persahabatan, Salam Kejayaan Untuk Ummah, Segala Puji UntukNya

Ikhlas daripada kami,

Mohd Fauzi Abd  Hamid
CEO WBN Management