BENGKEL REKAGRAFIK 2016 (JB) MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN


                    30 Januari 2016 - Alhamdulillah, Bengkel Rekagrafik 2016 Pengenalan Adobe illustrator
       telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di UTM SPACE. Kehadiran hampir penuh.

       Seramai 25 orang peserta yang begitu bersemangat untuk mendalami ilmu rekagrafik yang begitu
       bermanfaat untuk kehidupan dan kerjaya seumur hidup.

        Antara yang turut hadir para pelajar dari sekolah menengah di Johor Bahru, kolej vokasional,
        eksekutif muda dan senior, para usahawan, pendidik dan paling terbaik sekali ialah seorang
        pensyarah UTM Skudai iaitu Dr. Siti Aminah Setu@Sabtu. Mereka ini merupakan para peserta
        bengkel yang hebat bagi kami. 

        Tahniah pihak kami ucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan bengkel ini 
        sehingga petang. Selamat terus maju jaya kami ucapkan ! Berjumpa nanti di Group Coaching
        Bengkel Rekagrafik 2016 (JDT).

   
Sebahagian peserta yang datang berkumpulan

Sesi Coaching Peserta Yang Superb
Antara pasangan suami isteri yang hadir
Antara jurutera yang hadir