PENTING 3 JENIS KEHEBATAN E-MAIL MARKETING OLEH RAJA KAMIL DALAM BISNES
























Email marketing boleh diklasifikasikan dalam tiga bentuk. Ketiga-tiga jenis ini mempunyai objektif asas yang sama di dalam memberikan perkhidmatan pada perniagaan anda. 

Pemilihan ketiga-tiga jenis email ini bergantung kepada sumber kewangan dan kemampuan pemilik perniagaan itu sendiri dan apa yang mereka lihat berpatutan dengan kehendak pelanggan berpotensi mereka. 

Adalah sangat penting untuk anda memilih jenis email yang perlu digunakan kerana ia mempengaruhi keberkesanannya nanti :

1- Direct Email - Email promosi terus dari anda untuk produk-produk yang ditawarkan

2- Retention Email - Email promosi jangka masa panjang yang tidak padat dengan promosi hanya mengandungi maklumat-maklumat yang berkaitan produk tetapi tidak menekan prospek untuk membelinya.

3- Newsletter Advertising - Email yang lebih kepada maklumat pengiklanan dalam bentuk serampang dua mata seperti memberikan idea atau tip penjagaan kecantikan dengan menggunakan produk anda atau sebagainya.

Pemilihan jenis email yang tepat mampu memaksimakan keberkesanan teknik tersebut!

Tips oleh Raja Kamil, Pakar Internet Marketing