5 Tips Menulis Ayat Iklan Page Post Engagement (PPE) ??

Anda susah nak tulis ayat iklan untuk page post engagement (PPE)? Anda tercari-cari apa kekurangan yang ada dalam ayat anda?

Sebenarnya, menulis ayat iklan ini tidaklah sesukar mana.

Cara mudah untuk menulis ayat iklan adalah anda perlu kenal siapa prospek anda. Semuanya mengenai prospek anda.

Bagi anda yang ada masalah atau tak tahu cara menulis ayat iklan, di sini saya berikan 5 tips  yang perlu anda tahu semasa menulis ayat iklan untuk page post engagement (PPE);

#1: Beritahu Manfaat yang Prospek Bakal Dapat
Walaupun ciri-ciri yang ada pada produk juga penting, tetapi prospek lebih utamakan manfaat dan penyelesaian produk berbanding ciri-ciri produk.

Contohnya;

Jika anda baru keluarkan produk lebatkan rambut, anda boleh beritahu ciri-ciri yang ada produk tersebut, cara penggunaannya, apa bahan-bahan yang digunakan dan lain-lain.

Kemudian, ceritakan manfaat produk tersebut yang boleh mengubah hidup prospek anda menjadi lebih baik dari sebelumnya. Berikan mereka impian dan harapan.

Anda perlu tarik minat prospek dengan manfaat produk, kemudian pukau mereka dengan maklumat tambahan.

#2: Beritahu Kelebihan Yang Prospek Akan Dapat
Anda juga boleh berikan sedikit kelainan dan kelebihan dari pesaing anda, bab ini saya ada ceritakan dalam artikel mengenai Unique Selling Proposition. Anda boleh tulis dalam ayat iklan beberapa kelebihan yang prospek dapat dari anda.

Contohnya;

Anda jual shampoo untuk lebatkan rambut. Anda boleh buat produk tambahan seperti krim mencegah keguguran rambut. Letakkan kuota terhad bagi prospek yang berminat untuk dapatkan produk utama dan produk tambahan dalam satu pakej jimat.

Dengan memberikan sedikit kelainan dari pesaing, anda akan dapat menarik perhatian prospek untuk membeli dari anda. Sentiasa berikan kelebihan kepada prospek anda, ini akan buatkan prospek tak sabar -sabar nak beli dari anda.

#3: Ayat Tidak Perlu Terlalu Panjang
Semasa menulis aya iklan, anda tak perlu ayat yang terlalu panjang untuk yakinkan orang beli. Anda hanya perlu tulis ayat-ayat yang penting sahaja. Paling penting ayat yang boleh menyentuh minda prospek seperti;

Masalah – Apa masalah yang sedang dihadapi oleh prospek?
Ketakutan – Apa yang jadikan prospek takut jika masalah mereka tidak diselesaikan?
Inspirasi – Apa yang mampu memberi inspirasi kepada prospek?
Impian – Apakah yang diimpikan oleh prospek?
Jika anda dapat menjawab persoalan-persoalan ini, pasti anda akan dapat mempengaruhi emosi prospek dengan berkesan.

#4: Gunakan Ayat Yang Ringkas dan Mudah
Pecahkan ayat-ayat anda kepada beberapa perenggan. Mudahkan prospek memahami maklumat yang anda ingin sampaikan kepada mereka. Caranya;

Buat sekurang-kurangnya 3 baris ayat untuk 1 perenggan. Format begini lebih mudah dibaca.
Gunakan bullet point atau numbered lists untuk senarai manfaat atau ciri-ciri produk.
Bold atau besarkan perkataan-perkataan penting yang ingin anda ingin tekankan.
Letak gambar yang relevan dan menarik perhatian prospek anda.
Ayat Pertama

MY QALAM 4 KIDS – Direka khas sejak 2013 lagi bagi membantu ibubapa memupuk anak-anak kecil mereka MINAT BELAJAR seawal usia 2 tahun.

Ianya dicipta untuk bantu anak , belajar mengenal huruf, belajar membaca, belajar mengira, belajar menyebut, belajar mengaji, belajar bahasa inggeris dan belajar solat.

Ayat Kedua

MY QALAM 4 KIDS – Direka khas sejak 2013 lagi bagi membantu ibubapa memupuk anak-anak kecil mereka MINAT BELAJAR seawal usia 2 tahun.

Ianya dicipta untuk bantu anak;

- BELAJAR MENGENAL HURUF

- BELAJAR MEMBACA

- BELAJAR MENGIRA

- BELAJAR MENYEBUT

- BELAJAR MENGAJI

- BELAJAR BAHASA INGGERIS

- BELAJAR SOLAT

Cuba anda bandingkan, anda rasa ayat mana yang lebih mudah dibaca dan difahami maksudnya? Mesti ayat kedua kan?

#5: Ceritakan Lebih Mengenai Prospek
Kunci utama dalam membina ayat iklan adalah anda dapat yakinkan produk tersebut sebagai satu keperluan untuk prospek anda. Ceritakan, jika mereka dapatkan produk tersebut, mereka akan dapat selesaikan masalah yang mereka hadapi. Itulah yang perlu anda tekankan.

Ayat Pertama

“Produk X ini telah membantu saya selesaikan masalah rambut gugur dengan 3 langkah mudah sahaja”

Ayat Kedua

“Produk X ini bakal membantu selesaikan masalah rambut gugur anda dengan 3 langkah mudah sahaja”

Ayat pertama lebih sesuai digunakan dalam ayat testimoni. Ayat kedua pula lebih kepada manfaat yang prospek bakal dapat. Anda boleh gunakan kedua-dua ayat ini mengikut kesesuaian dalam ayat iklan anda.

Secara ringkasnya, prospek mahu tahu bagaimana produk anda mampu membantu mereka capai apa yang mereka impikan. Jika anda mampu ceritakan semuanya dalam ayat iklan page post engagement anda, peratus untuk prospek membeli adalah sangat tinggi.

Kesimpulannya, penulisan ayat iklan adalah satu seni pujukan. Memahami apa yang prospek anda mahu adalah langkah pertama yang penting. Menyampaikan maklumat produk anda sebaik mungkin adalah kunci untuk jadikan prospek anda sebagai pembeli.

Semoga bermanfaat.