Pemasaran melalui emel adalah cara yang paling berkesan untuk
kekal berhubung dengan para pelanggan anda. Ianya sangat ekonomi
dan jika dilakukan dengan betul, boleh membantu membina 'brand'
untuk perniagaan anda.
Dengan purata hanya beberapa RM untuk setiap emel, ia adalah
tawaran yang hebat berbanding dengan 'direct mail' secara tradisional.
Tambahan pula, pemasaran emel mempunyai kadar respon yang tinggi
(sekitar 5-35 peratus bergantung kepada jenis dan format industri terbabit).
Satu daripada kelebihan pemasaran emel ialah jumlah maklumat yang
dibekalkan oleh klien apabila mereka mendaftar untuk subscribe emel
anda. Dengan mengetahui siapakah klien anda sebenarnya, termasuklah
jantina, umur, pendapatan dan terutama sekali kesukaan mereka, anda
boleh menggunakan maklumat ini untuk menghasilkan produk yang berguna
untuk mereka sekaligus menguntungkan anda.
Manfaat dan Kelebihan Pemasaran Email:-
1. Membawakan kepada anda prospek yang disasarkan. Tawaran yang anda
lakukan akan sampai kepada prospek yang sudah mempunyai minat terhadap
maklumat yang anda miliki.
2. Penjimatan kos. Berbanding dengan lain-lain metod pemasaran terus
(direct marketing), pemasaran emel benar-benar lebih murah.
3. Cepat dan berkesan. Teknik pemasaran yang konvensional, seperti
surat-menyurat, mengambil masa yang banyak. Kemudian anda perlu menunggu
untuk beberapa bulan yang seterusnya untuk mendapatkan pengesahan daripada
penerima. Dalam permit atau pemasaran emel 'opt-in', promosi dapat dilakukan
setelah beberapa hari prospek mendaftar untuk senarai emel anda.
4. Kadar respon adalah tinggi. Secara umumnya, keizinan atau kempen emel
'opt-in' membawa kepada kadar respon yang tinggi berbanding dengan iklan
promosi terus secara tradisional atau lain-lain jenis promosi dan
pengiklanan online.
Tidak seperti laman web yang mana para pengguna perlu ingat alamat laman
web yang ingin dikunjungi, ezine emel atau newsletter tiba ke 'pangkuan'
prospek anda tanpa memerlukan mereka mengambil apa-apa tindakan. Dari masa
ke semasa, proses ini akan mendidik pelanggan anda tentang produk atau servis
yang anda tawarkan sekaligus akan menjadikan anda pilihan mereka sebagai
penyedia maklumat yang mereka ingini.
Bahan-bahan yang boleh didownload seperti ebook boleh diakses dengan seberapa
segera. Sebagai contoh, apabila anda menawarkan kepada prospek sebuah ebook
yang mengandungi maklumat yang berguna dengan hanya melayari laman web anda,
klik link ke 'landing page' anda dan masukkan maklumat peribadi yang diperlukan,
ebook yang disediakan itu sudah boleh didownload oleh mereka.
5. Emel boleh melakukan tugas-tugas tertentu secara automatik. Autoresponder
memainkan peranan penting dalam hal ini dan merupakan alat yang praktikal dan
murah. Ianya boleh ditetapkan untuk berfungsi secara 'auto-pilot' bagi menghantar
mesej-mesej yang anda sediakan kepada para prospek anda.
Autoresponder juga menghantar emel secara automatik kepada sesiapa sahaja yang
menghantar emel kepada anda yang berkaitan dengan produk atau servis yang anda sediakan.